Sunday, December 31, 2006

KUIH BAKAR BERLAUK

BAHAN-BAHAN

1helai daun pandan

70g tepung gandum

190ml santan dari ½ biji kelapa

1 ½ biji telur

garam

20g minyak sapi

2camt rata rempah korma/kari daging

sehiris halia

sehiris lengkuas

1ulas bawang merah

1ulas bawang putih

½ batang serai-hiris bulat

1 tangkai daun bawang-mayang halus

1 tangkai daun sup-mayang halus

1 biji cili merah-cincang

sedikit bawang goring-5 ulas bawang merah dimayang digoreng

50g daging/ayam-dicincang

CARA

  1. Ramas telur dan daun pandan,masukkan santan dan garam.Tapis dan masukkan adunan ke dalam tepung dan jadikan bancuhan batter.Rehatkan seketika.
  2. Kisarkan halia,lengkuas,bawang merah,bawang putih dan serai.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.Masukkan pes kari/kurma.
  4. Apabila rempah agak masak,masukkan daging cincang dan sesuaikan rasa.Kemudian angkat.
  5. Tumiskan daun bawang,daun sup dan cili merah dengan minyak sapi.Ketepikan untuk hiasan.
  6. Panaskan petintin yang telah dilenser. Masukkan batter ke dalam petintin, masukkan inti yang telah dimasak.
  7. Bakar dalam oven pada suhu 180 c
  8. Angkat dan hiaskan dengan bahan hiasan dan bahan goreng.

9 comments:

aku said...

maaf guna ruang komen untuk invitation.

kalau akak berdaftar dengan Google Adsense dan berminat menulis di http://ewanita.com, saya boleh tempatkan ruang untuk akak.

Buat masa ni, terdapat 3 penulis tidak termasuk saya. Akak boleh pilih apa sahaja tajuk yang akak rasakan sesuai.

Tiada paksaan. Salam hormat.
Assalamualaikum.

Fauziah said...

waalaikumsalam. terima kasih atas jemputan. akak penah mendaftar dgn adsense tp akaun kena ban. nak jadi penulis tu...tak berani nak janji la sebab akak tgh sibuk sekarang ni. banyak sgt kerja nak disiapkan lagi pun masih trauma dengan banjir. mungkin lepas mac kot.

Noor Azman Othman GBE said...

Mesti sodap ni. Kono cubo malam nanti.

Fauziah said...

noor azman, tq sudi mencatat di sini. manyak yang sodap kek sini. kalu ko raso nak cubo, apo lai mulo an lah. Insyaallah leh jadik ni resipi kek sini sobab ni resipi dari buku anak.

LASEHAO said...

Assalamualaikum Kak,,,kena laa,,ni kak,,dah puasa,,,selamat menyambut bulan mulia,,,,nak jual kuih laa,,ni,,,ngan blog akak ni,,,search search kuih laa,,ni,,buat jual dpan rumah tu,,,buat blog pun tak reti reti,,,,dah 3 bulan,,,tak da stu di taip,,,suma copy paste...slamat menulis kak..
Take care.

bonoriau said...

memang sedap sekali kuih ni

Jan Green said...

Show Us
Your Blog

eshape waskita said...

he..he..he... aku bisa ngak ya mbuat resep ini

Muhammad Azli Shukri said...

boleh buat buku resepi ni..